Monday, March 6, 2017

Program Guru Penyayang , Program Jom Ke Sekolah, Perasmian Peti Aduan Disiplin Murid

PROGRAM GURU PENYAYANG & POGRAM MEMANTAPKAN DISIPLIN MURID

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnyadengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapka setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.

Guru-guru menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama anak-anak murid SK JALAN HANG TUAH 1. #kamigurupenyayang#



Perhimpunan Rasmi Unit beruniform Pengakap.



Program Jom Ke Sekolah

Objektifnya adalah bagi memwujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di a
ntara pihak sekolah dan pihak PPS. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti aduan.

Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah membentuk sahsiah murid lebih 




Perasmian Peti Aduan Disiplin Murid

Disiplin menjadi keutamaan murid SKJHT1. 

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.


1.Melahir dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang di sekolah.

2. Membentuk peribadi mulia di kalangan murid.

3. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.

4. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.






No comments:

Post a Comment