Hari Pertama : 21 FEB 2014
(Jumaat)
Pendaftaran kem telah bermula pada 21 Feb 2014 pada pukul 2.15 petang.
Pendaftaran telah melibatkan tiga orang guru iaitu Puan Aznira Binti Razak dan
Encik Hafiz Manjanggil Abdullah serta dibantu oleh Puan Intan Suriana Binti Mohidin
. Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 3.30 petang. Sepanjang perjalanan
itu rombongan tidak mengalami sebarang masalah.
Rombongan telah tiba di Eko Rimba Bukit
Nanas, Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang. Setibanya di sana rombongan dihimpunkan
dan dibekalkan dengan makanan petang iaitu roti dan air kotak untuk mengalas
perut kami bagi menjalankan aktiviti memasang khemah mengikut kumpulan yang
telah diberikan. Taklimat pemasangan
telah disampaikan oleh renjer Eko Rimba
Bukit Nanas. Selepas itu kami menjalankan aktiviti mendirikan khemah setelah
diberi tunjuk ajar oleh fasilitator kami.
Murid-murid diminta untuk berkemas diri dan
bersiap untuk bersolat asar kemudian rehat sebelum menunaikan solat magrib
serta makan malam. Sementara menunggu untuk menunaikan solat magrib,
murid-murid diberikan amanah (telur) untuk dijaga sepanjang program kem
dijalankan. Aktiviti ‘Ice Breaking’ telah dijalakan oleh Puan Mardhiah Abu Bakar,
Puan Roszilah Mohd Jamil, Puan Azlina Fatihah dan Puan Hamidatul Adawiyah yang
bertujuan untuk mengenali rakan-rakan masing-masing sepasukan . Murid-murid
telah diminta untuk membulat bulatan dan aktiviti telefon karat dimulakan.
Selepas itu, aktiviti membentuk kumpulan dijalankan dengan memberi nombor
bergambar (mimik muka).
Murid-murid menikmati kudapan malam dan
diminta tidur sebelum meneruskan aktiviti pada pukul 12 malam. Murid-murid
dikejutkan dan bersiap sedia untuk ‘night walk’ pada pukul 12.00 malam selepas
diberi taklimat ringkas oleh pengawai renjer yang berkaitan.guru-guru yang
terlibat adalah Encik Mohd Afizul Mohd Yusof, Encik Sayuti Basri, Puan Rosliza,
Puan Rohaini, Pn Mardhiah dan Puan Erny Kamaleah. Murid-murid dan guru-guru telah dibawa oleh
renjer ke tempat yang dirancangkan.
Murid-murid ditutup mata dengan kain dan
diletakkan seorang demi seorang disepanjang perjalanan. Murid-murid
ditinggalkan dengan tujuan memupuk sifat
keyakinan dan keberanian dalam diri masing-masing. Aktiviti ini ditamatkan pada
pukul 1.00 pagi. Murid-murid sekali lagi menikmati kudapan sebelum tidur dan
rehat bagi menghadapi aktiviti pada hari esok.
Hari Kedua : 22 FEB 2014
(SABTU)
Hari kedua telah dimulakan dengan senamrobik yang
pandu oleh Cik Nasiha Shahira. Senamerobik ini dikenali sebagai Zomba. Selepas
senamerobik murid-murid direhatkan seketika. Murid-murid menikmati sarapan pagi
sambil mendengar taklimat ‘jungle tracking‘ yang disampaikan oleh renjer-renjer
yang terlibat iaitu seramai 4 orang renjer. Mereka telah di bawa ke jalan denai
berbatu dan juga berliku dan berbukit.
Guru-guru yang mengiringi adalah Puan Nor
Azlina, Encik Mohd Afizul, Encik Nezir Khan, Mohd Arif, Puan Noriana, Puan
Sofiyyah Khaja, Nasiha Shahira dan Encik Sharin. ‘Jungle tracking’ dimulakan pada pukul 9.00
pagi. Murid-murid dibahagika kepada 4 kumpulan dan diketuai oleh renjer yang
dilantik. Murid-murid didedahkan dengan alam sekitar, pepohon balak, pepohon
renek herba, dan keadaan hutan tropika yang masih dapat dirasai di Kuala Lumpur. Keadaan hutan
diwaktu pagi sungguh nyaman dan memenangkan. Aktiviti rekreasi seperti ini baik
dan dapat meningkatkan kesedaran murid-murid yang masih muda dalam menjaga dan
memulihara flora dan fauna Negara yang masih ada. Kesedaran juga diberikan
dalam menjaga kebersihan alam sekitar dan sungai.
Tayangan tentang pencemaran alam sekitar
terutama sungai yang masih lagi merupakan punca utama dalam aktiviti seharian.
Malah pameran tentang tumbuh-tumbuhan yang boleh dijumpai di dalam Hutan Simpan
Hujan Tropika ini yang banyak memberikan manfaat. Murid-murid dapat mengenali
herba-herba seperti Tongkat Ali, Misai Kucing dan sebagainya. Daun Pulai juga
merupakan pepohon yang banyak memeberi manfaat dalam perubatan tradisional.
Selepas berpenat lelah, pada pukul 12.30
tengahari murid-murid berehat sementara menunggu makanan tengahari, mandi dan
bersolat zohor secara berjemaah. Di sebelah petang pula murid-murid di
bahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu kumpulan Pengawas Sekolah, Kumpulan PSS
dan Kumpulan Ketua Darjah dan Penolong. Guru-guru yang terlibat mengendalikan
aktiviti Tangkat Amanah. LDK ini lebih kepada tanggungjawab murid-murid dalam
menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Murid-murid diedarkan dengan fail yang
mengandungi bahan-bahan ujian seperti bagi Pengawas akan diuji tentang sekolah
iaitu lagu, ikrar, dan tatacara perhimpunan. Manakala PSS dan Ketua Kelas akan lebih kepada tanggungjawab dalam
menangani isu-isu yang berkaitan dengan displin murid-murid di dalam Pusat
Sumber dan Kelas.
Selesai LDK pertama murid-murid berhenti
seketika bagi minum petang dan bersolat asar. LDK kedua dimulakan pada pukul
5.00 petang yang dikendalikan guru-guru terlibat bagi slot ikhtiar hidup.
Murid-murid diberikan penyedut minuman dan pita pelekat untuk membina jambatan
kukuh. Murid-murid dipersoalkan tentang apa tujuan jambatan itu dibina dengan
hanya menggunakan 2 bahan itu sahaja.
Murid-murid direhatkan semula untuk
mandi, solat magrib, tazkirah magrib, solat isyak dan makan. LDK ketiga bermula
pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Penceramah jemputan iaitu
Encik Lotfi dari unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Tentera Darat 1, Kuala
Lumpur bagi menyampaikan LDK Jati diri yang menyentuh tentang tanggungjawab
sebagai murid yang telah diamanahkan untuk menjaga dan membantu guru
mendisplinkan murid-murid sekolah.
Murid-murid juga diberikan maklumat
tentang betapa pentingnya rakan sepasukan dalam sama-sama membantu menjalankan
tanggungjawab yang diberikan.
Murid-murid juga ditayangkan dengan rakaman aktiviti yang telah mereka
jalankan sepanjang 2 hari di Eko Rimba. Disamping member peringatan tentang
tujuan mereka berada di situ.
Murid-murid diberikan minuman teh dan
biskut sebelum mereka dibenarkan masuk tidur pada pukul 11.30 malam.
Hari Kedua :
23 FEB 2014 (AHAD)
Murid-murid seperti biasa akan bangun dan mandi.
Selesai bersolat subuh berjemaah, murid-murid bersenam dan beriadah. Selesai
sarapan pagi, murid-murid diminta untuk menghafal apa yang telah diajar dan
tanggungjawab yang perlu dipelajari. Mereka akan diuji oleh guru-guru penasihat
yang telah dilantik.
Tepat pukul 8.30 pagi murid-murid
dikumpulkan dalam kumpulan masing-masing dan renjer menunjukkan cara untuk
membaca kompas. Selepas taklimat pembacaan kompas, murid-murid akan dibawa
masuk ke dalam hutan bersama kompas. Kumpulan ini akan menyelesaikan tugasan
dengan melihat arah kompas mengikut kertas yang diberikan. Aktiviti ini selesai
tepat pukul 10.00 pagi.
Selepas berehat 10 minit dengan makan
nasi lemak dan air teh Pengawas sekolah akan diuji oleh guru-guru penasihat displin
dan pengawas manakala pengawas PSS diuji oleh guru-guru PSS. Ketua dan penolong
diuji tentang displin yang sering berlaku di dalam kelas dan cara untuk
mengatasinya. Ketua pengawas dan penolong yang bakal dilantik akan diuji oleh
Guru Besar, Encik Rosman Bin Matnoor.
Majlis penutup dimulakan pada pukul
11.30 pagi. Ucapan Guru Besar bagi merasmikan penutupan kem dan penyampaian
hadiah kepada khemah terbersih, kumpulan terbaik, pelajar terbaik keseluruhan
dan pengumuman ketua pengawas dan penolong.
Murid-murid diminta menurunkan khemah
dan berkemas dan membantu guru-guru mengangkat barang-barang untuk dinaikkan ke
bas yang telah pun menunggu. Kami sampai ke sekolah pada pukul 1.30 petang. Ibu
bapa murid telah pun menunggu anak-anak mereka masing-masing. Makanan tengahari
diedarkan sebelum murid-murid pulang .
iron lady hang tuah 1...hu..hu.. |
harap dapat berkhidmat dengan cemerlang.... |
kem komandan tgk ape tuuu..... |
steady uztaz khai... |
ape tu kakkk.... |
ai....macam joget je |
cover perut tu.... |
big boss nak memantau...jaga...jaga |