SKJHT(1) TAHUN 2015
(23 Mac - 27 Mac 2015)
Tahniah SKJHT(1) kerana telah berjaya menjayakan minggu pencegahan dadah. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat yang telah menjayakan program ini. Perjalanan program ini telah banyak mendedahkan kepada murid-murid tentang bahayanya dadah. Pelaksanaanya program ini sangat memberikan manfaat kepada semua murid. Tahniah buat semua warga SKJHT(1) kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya demi menyampaikan ilmu kepada anak didik SKJHT(1).
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program
ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kepada murid-murid bahawa dadah
akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta boleh membanayakan keselamatan
masyarakat. Seterusnya, program ini adalah untuk memastikan murid-murid didedahkan
tentang pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.
OBJEKTIF
Objektif program
ini diadakan adalah untuk memastikan murid-murid SK Jalan Hang Tuah 1
mempraktikkan gaya hidup sihat dan memdedahkan serta mendidik murid-murid
tentang keburukan dadah seawal peringkat tahap 1 lagi. Selain itu, program ini
diadakan juga untuk menyemai dan menanamkan sikap untuk membenci dadah
sepanjang hayat dalam kehidupan. Di samping itu, program ini diadakan juga
adalah untuk memastikan murid-murid berada dalam kehidupan yang sihat tanpa
dadah dan menyemai bangsa yang berkualiti .
ATURCARA PROGRAM
SEPANJANG MINGGU PPDa
Isnin ( 23
Mac 2015 )
Majlis Perasmian Minggu PPDa
Selasa ( 24
Mac 2015 )
Pertandingan mewarna dan melukis bagi tahap 1 dan tahap 2
Rabu ( 25 Mac 2015 )
Pertandingan mendeklamasikan sajak bagi
murid tahap 2.
Khamis ( 26 Mac 2015 )
Aktiviti menjawab soalan kuiz bagi semua
tahap.
Jumaat ( 27 Mac 2015 )
Majlis Penutup Minggu dan Ceramah dan Kempen Antidadah