Kursus Kepimpinan dan Jati Diri Pengawas Sekolah 2015
Hari Pertama ( 06 Mac 2015 - Jumaat )
Pendaftaran Murid di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur
Mengenal Potensi Semua Murid Yang Terlibat (ICE BREAKING)\
Tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam kem kepimpinan ini. Bakat dan potensi untuk menjadi pemimpin amat terserlah dalam kalangan pengawas sekolah. Kebijaksanaan idea dan moto yang dicipta menunjukkan satu bakat yang telah ditonjolkan dalam aktiviti ini. Keberanian bercakap dan bersuara di hadapan semua murid menunjukkan murid SKJHT(1) dapat menjadi pemimpin yang berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pengawas sekolah. Tahniah buat semua pengawas sekolah yang terlibat. Semua guru yang terlibat telah bertungkus-lumus untuk membangunkan potensi murid SKJHT(1) dengan jayanya. Syabas buat semua guru SKJHT(1) kerana telah berjaya menjayakan program ini dengan begitu baik sekali.
Sesi Rehat/Makan Pengawas Sekolah Yang Terlibat
Para Guru dan Warga SKJHT(1) Menyiapkan Tugas Memasak Untuk Para Murid.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan menu dalam kursus ini. Kerjasama antara pihak guru dalam melaksanakan aktiviti memasak untuk para murid telah menunjukkan keprihatian dan tanggungjawab guru kepada murid-murid mereka. Hasil kerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain telah menunjukan bahawa guru SKJHT(1) merupakan guru yang sangat hebat. Kerjasama ini bukan sahaja semata-mata untuk menyiapkan hidangan masakan malah merapatkan ukhuwah antara satu sama lain. Kerja berpasukan yang ditonjolkan menunjukkan para guru SKJHT(1) menjadi tauladan kepada para murid dan pihak lain.Terima diucapkan kepada semua guru yang terlibat termasuk pihak pejabat yang sanggup meluangkan masa dan tenaga serta usaha untuk saling bantu membantu antara satu sama lain.
Aktiviti Malam ( Night Walk)
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih para murid atau pengawas sekolah yang terlibat untuk memberanikan diri dalam pelbagai situasi. Aktiviti ini juga membimbing murid untuk memberikan kerjasama antara satu sama lain dan memberikan kecekapan dalam hidup berpasukan. Keberanian merupakan salah satu tonggak dalam menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan berani. Oleh itu, aktiviti Night Walk ini merupakan salah satu pengisian penting kepada para pengawas sekolah SKJHT(1).
Hari Kedua ( 07 Mac 2015 - Sabtu )
Senamrobik
Berkayak Di Tasek Titiwangsa
Aktiviti kayak diadakan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aktiviti berkayak untuk melatih murid berani melakukan aktiviti yang dilaksanakan. Water Confident turut diadakan yang mana murid mesti melalui latihan berada didalam air dengan menggunakan life jacket berserta dengan jurulatih dan juga para guru SKJHT(1).
Tahniah semua guru SKJHT(1) kerana telah memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti kayak dalam program ini. Semangat dan usaha gigih anda semua membuatkan semua pihak telah berbangga kepada anda semua sebagai seorang murrabi.
LDK mengikut slot yang telah diatur.
Hari Ketiga ( 08 Mac 2015 - Ahad )
Majlis Penutupan Watikah Pelantikan
Penyampaian Hadiah
Anugerah Penghulu dan Penghulu wati
Anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada murid yang telah menunjukkan kepeimpinan dan bakat yang terselah sepanjang kursus kepimpinan dan jati diri diadakan. Murid ini telah menunjukkan sikap kepimpinan dan keberanian sepnjang aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai tanda penghargaan sekolah terhadap murid-murid ini, pihak sekolah telah menganugerahkan mereka sebagai "penghulu" dan "penghulu wati". Kedua-dua murid ini menunjukkan sikap dan potensi yang cemerlang sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, mereka berdua layak untuk menerima anugerah gelaran tersebut. Tahniah buat mereka!!!
Tahniah SKJHT (1) !!!!
Terima Kasih kepada semua pendidik SKJHT(1) kerana sudi meluangkan masa untuk membangunkan potensi kepimpinan para pengawas sekolah SKJHT (1). Segala usaha gigih anda semua telah menjadi satu inspirasi kepada semua pihak terutama sekali anak-anak bangsamu yang kini sedang berusaha gigih untuk mengharungi alaf abad ke-21. Malahan, berusaha mendepani generasi pintar dan terbilang yang akan muncul pada masa hadapan. Sama-samalah kita semua berusaha menjadikan SKJHT(1) sebagai sebuah ladang didik yang cemerlang kelak. Kami dedikasikan sebuah sajak kepada semua pendidik SKJHT(1)..