Adik Aqisha juga terpilih mewakili team Kuala lumpur ke MSSM dlm acara Bola Tampar. Pencapaian yang membanggakan warga Hang Tuah 1. Warga Sk Jalan Hang Tuah 1 mengucapkan tahniah dan syabas buat Adik Aqisha dari tahun 5 Maju kerana telah terpilih sebagai wakil sekolah justeru menaikkan nama hang tuah dalam pertandingan bola tampar. Tahniah diucapkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat buat murid-murid lain untuk aktif dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Friday, March 10, 2017
Wednesday, March 8, 2017
ENGLISH WEEK
Pelbagai program dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam bahasa inggeris.English adalah satu medium untuk membantu murid dalam melibatkan diri serta menerokai penggunaan bahasa inggeris sama ada dalam p&p atau di luar p&p. Sepertimana dengan perkembangan masa kini, bahasa inggeris amat penting untuk dikuasai dalam diri murid-murid SKJHT1.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA PERJUMPAAN KOKURIKULUM
Pertandingan ini adalah satu pertandingan untuk meningkatkan kepimpinan dan semangat berpasukan dikalangan ahli badan beruniform Sk Jalan Hang Tuah 1. Pertandingan ini juga melatih sifat keyakinan diri dan semangat bersaing secara sihat.
Pengadilan dilakukan oleh guru-guru penasihat yang mengendalikan tugas masing-masing mengikut kriteria yang dikehendaki.
Pengadilan dilakukan oleh guru-guru penasihat yang mengendalikan tugas masing-masing mengikut kriteria yang dikehendaki.
TUNAS KADET REMAJA - KRS |
PENGAKAP |
PBSM |
LATIHAN |
PUTERI ISLAM |
Monday, March 6, 2017
Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas Sk Hang Tuah 1
Sekolah telah mengadakan Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas. Program ini bertujuan menjadikan kelas cantik & bersih. Kelas bersih telah menjadikan suasana pembelajaran sangat selesa dan menarik minat murid untuk sentiasa ke sekolah. #skjalanhangtuah1tetapbersihdancantik#
Murid Sk Jalan Hang Tuah 1 Sangat Bertuah
Murid Sk Jalan Hang Tuah 1 Sangat Bertuah
Sumbangan beg sekolah dan alat tulis buat anak-anak hang tuah 1.
Terima Kasih puteri UMNO Bukit Bintang
Terima Kasih Datin Anne Ngasri
Atas sumbangan beg sekolah dan alat tulis buat murid-murid skjht 1. Sumbangan ini telah memberikan semangat kepada murid-murid untuk terus bersemangat belajar bersungguh-sungguh.
Sumbangan Beg Sekolah & Alat Tulis |
Program Guru Penyayang , Program Jom Ke Sekolah, Perasmian Peti Aduan Disiplin Murid
PROGRAM GURU PENYAYANG & POGRAM MEMANTAPKAN DISIPLIN MURID
Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang
Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnyadengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapka setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Guru-guru menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama anak-anak murid SK JALAN HANG TUAH 1. #kamigurupenyayang#
Perhimpunan Rasmi Unit beruniform Pengakap.
Program Jom Ke Sekolah
Objektifnya adalah bagi memwujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di a
ntara pihak sekolah dan pihak PPS. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti aduan.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah membentuk sahsiah murid lebih
Perasmian Peti Aduan Disiplin Murid
Disiplin menjadi keutamaan murid SKJHT1.
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.
1.Melahir dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang di sekolah.
2. Membentuk peribadi mulia di kalangan murid.
3. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.
4. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.
MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU
MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU
Hang Tuah 1 terus aktif dan maju. Murid hang tuah 1 bukan sahaja hebat dalam akademik tetapi dalam bidang ko-akademik juga aktif melibatkan diri. Minggu Panitia bahasa Malaysia telah mengadakan pelbagai program seperti bercerita, pertandingan pidato dan sebagainya. Murid-murid menunjukkan penglibatan yang sangat aktif. Bakat murid Hang Tuah 1 sangat luar biasa.
Bercerita |
Pidato |
Kelab Silat Sk Jalan Hang Tuah 1 kental dan gigih.
Kelab Silat Sk Jalan Hang Tuah 1
Kini bermula seiring dengan nama yang tidak lapuk ditelan zaman iaitu Hang Tuah.
Kelab Silat Sk Jalan Hang Tuah 1 memulakan langkah pertamanya setelah perbincangan dan usahasama antara Persatuan Seni Silat Setiabakti. Kelab Silat ini sesuai dengan nama Hang Tuah yang mempunyai jiwa yang kental dan gigih.
Persatuan Silat diketuai Oleh Cikgu Shaharoom Shah. |
Persembahan Silat Sekolah |
Saturday, March 4, 2017
Tekong Terbaik Sk Jalan Hang Tuah 1 Sepak Takraw
Tahniah adik Muhd Izman Bin Zamri kerana berjaya mewakili Zon Bangsar ke pertandingan Sepak Takraw MSSWPKL bawah 12 tahun peringkat negeri bersama SK Bangsar dan menjadi johan diperingkat negeri...Adik Izman juga mengharumkan nama SK Jalan Hang Tuah 1 apabila dianugerahkan tekong terbaik kejohanan pada tahun 2017.
KEM KEPIMPINAN DI SUNGAI GADING, SELANGOR
Subscribe to:
Posts (Atom)