KEM JATI DIRI &
KECEMERLANGAN UPSR 2015
Nama Program : KEM JATI DIRI &KECEMERLANGAN UPSR 2015
Tarikh : 15 - 17 Mei 2015
Hari : Jumaat
hingga Ahad
Tempat : Kem Herba
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah
terutamanya para guru bagi memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan
tersebut. Sebagai memperlengkapkan usaha gigih guru tersebut, Unit Bimbingan
dan Kaunseling merancang untuk diadakan satu program ke arah mempertingkatkan
lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar kecemerlangan
dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program
ini, adalah diharapkan agar:
- Pelajar mengetahui cara
dan teknik belajar berkesan.
- Pelajar dapat mengurus
masa dengan berkesan.
- Pelajar dapat menilai
sejauh mana persediaannya untuk menghadapi
peperiksaan.
- Pelajar dapat menambah
kefahamannya terhadap mata pelajaran yang
dipelajari.
SASARAN
Semua
pelajar Tahun 5 & 6 SK
Jalan Hang Tuah 1.
Kem Jati Diri dan Kecemerlangan UPSR pada tahun 2015 , telah diadakan di Kem Herba. Kem ini telah diadakan selama tiga hari dua malam. Antara pengisian sepanjang kem ini dijalankan adalah ceramah, bengkel, latihan dalam kumpulan dan aktiviti riadah/rekreasi bagi merehatkan minda murid-murid SKJHT(1). Kem ini telah berjaya memberikan keyakinan dan motivasi kepada murid-murid SKJHT(1) untuk menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tahniah dan syabas kepada semua guru SKJHT(1) kerana berjaya menjayakan kem ini sampai ke akhir penutupan majlis. Usaha dan kerjasama anda semua telah berjaya mewujudkan sebuah aktiviti yang terbaik buat SKJHT(1)
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR
Pendaftaran Ke Kem Herba & Bertolak ke
Kem Herba
Slot 1 Kem Herba bersama Dr M.Noor
No comments:
Post a Comment