Alhamdullillah.. selesai sudah mesyuarat agung PIBG kali ke 43 yang telah dirasmikan oleh YBHG Datuk Dr Haji Awang Bin Sariyan (Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur). Kami Warga SKJHT1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk AJK PIBG dan juga para ibu bapa. Sekalung budi yang tidak terhingga kami ucapkan atas kerjasama anda semua kerana telah berjaya menjayakan mesyuarat agung pada kali ini.
Tarikh berlangsung : 01 Mac 2015
Hari : Ahad
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Tun Perak, Sk Jalan Hang Tuah (1), Kuala Lumpur.
SESI PENDAFTARAN
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43
PERSEMBAHAN MURID-MURID SKJHT(1)
SELINGAN - CABUTAN BERTUAH
ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR UPSR 2014
Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang UPSR atas kejayaan yang telah dikecapi. Seramai 5 orang pelajar SKJHT(1) yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pelajar ini telah memperolehi 5A dan 4A 1B dalam subjek yang diambil. Segala usaha dan kecemerlangan anda telah menjadi satu kejayaan dan inspirasi yang tinggi untuk murid-murid SKJHT(1) yang lain. Semoga kejayaan anda kejayaan yang dikecapi berterusan dan semoga menjadi insan yang cemerlang serta berguna kepada negara dan bangsa.
Sekalung tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pelajar dan juga semua guru-guru yang bertangjungjawab mengajar pelajar-pelajar tersebut sehingga berjaya. Semoga kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Sekalung tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pelajar dan juga semua guru-guru yang bertangjungjawab mengajar pelajar-pelajar tersebut sehingga berjaya. Semoga kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Kami warga SKJHT(1) dan AJK PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua insan yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke 43 pada kali ini. Semoga pelaksanaan mesyuarat ini akan berterusan lancar sehingga tahun berikut-berikutnya. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir dalam melicinkan perjalanan majlis ini serta memeriahkan lagi suasana berlangsung mesyuarat ini bagi meningkatkan kecemerlangan dan prestasi SKJHT(1). Tahniah!!!!
No comments:
Post a Comment