Thursday, June 4, 2015

KEM JATI DIRI &

KECEMERLANGAN UPSR 2015

      Nama Program  : KEM JATI DIRI &KECEMERLANGAN UPSR 2015
 Tarikh              : 15 - 17 Mei 2015
 Hari                 : Jumaat hingga Ahad
 Tempat            : Kem Herba

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya para guru bagi memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebagai memperlengkapkan usaha gigih guru tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang untuk diadakan satu program ke arah mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan.


OBJEKTIF
      
Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan agar:

-  Pelajar mengetahui cara dan teknik belajar berkesan.
-  Pelajar dapat mengurus masa dengan berkesan.
-  Pelajar dapat menilai sejauh mana persediaannya untuk menghadapi
   peperiksaan.
-  Pelajar dapat menambah kefahamannya terhadap mata pelajaran yang
   dipelajari.


SASARAN

Semua pelajar Tahun 5 & 6ima SK Jalan Hang Tuah 1.

Kem Jati Diri dan Kecemerlangan UPSR pada tahun 2015 , telah diadakan di Kem Herba. Kem ini telah diadakan selama tiga hari dua malam. Antara pengisian sepanjang kem ini dijalankan adalah ceramah, bengkel, latihan dalam kumpulan dan aktiviti riadah/rekreasi bagi merehatkan minda murid-murid SKJHT(1). Kem ini telah berjaya memberikan keyakinan dan motivasi kepada murid-murid SKJHT(1) untuk menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tahniah dan syabas kepada semua guru SKJHT(1) kerana berjaya menjayakan kem ini sampai ke akhir penutupan majlis. Usaha dan kerjasama anda semua telah berjaya mewujudkan sebuah aktiviti yang terbaik buat SKJHT(1)


PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR


Pendaftaran Ke Kem Herba & Bertolak ke Kem Herba













Slot 1 Kem Herba bersama Dr M.Noor







ANUGERAH MURID BERDISIPLIN SKJHT(1)

SKJHT(1) telah mewujudkan satu elemen bagi meningkatkan tahap disiplin murid dalam bilik darjah. Bagi meningkatkan tahap kecemerlangan sikap dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah, pihak SKJHT(1) telah bersepakat mewujudkan satu ganjaran atau anugerah bagi murid yang berdisiplin dalam kelas dengan memberikan anugeran murid berdisiplin kepada murid yang menunjukkan disiplin yang tinggi di dalam bilik darjah. Langkah atau cara ini merupakan satu langkah untuk membentuk sikap dan peribadi murid SKJHT(1).


Penanugerahan ini diberikan kepada murid setiap bulan sepanjang persekolahan.








Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang menunjukkan disiplin yang terbaik dalam SKJHT(1)..Sikap anda semua telah menjadi perintis kepada adik-adik anda untuk menjadi murid yang terbaik kelak. Tahniah!!


PASUKAN NETBALL SKJKT(1)

Tahniah...Pasukan Netball SKJHT 1&2 Johan Zon Bangsar



Tahniah Nurul Aisyah Nazri pwnghadang terbaik MSSWPKL.













Program Keselamatan Jalan Raya

Penyertaan Program Keselamatan Jalan Raya. SKJHT(1) telah berjaya menghantar peserta menyertai pertandingan ini. Tahniah dan syabas!



Pandu Cermat Jiwa Selamat...

Pasukan Bola Tampar SKJHT

Tahniah kepada guru SKJHT kerana berjaya menyertai pertandingan bola tampar.





PENYERTAAN ACTION SONG DI SKTTDI

Penyertaan Action Song. Tahniah kepada SKJHT(1) kerana telah menghantar wakil ke pertandingan action song. Pertandingan ini adalah bertempat di SK TTDI, Kuala Lumpur. Walaupun tidak mendapat tempat dalam pertandingan tersebut, wakil SKJHT(1) telah berjaya menunjukkan bakat dan keyakinan dalam melibatkan diri dalam pertandingan action song tersebut. Kami seluruh warga SKJHT(1) amat berterima kasih kepada peserta kerana berusaha melibatkan diri dengan kesungguhan yang ada. Penyertaan action song telah membuktikan SKJHT(1) berjaya melahirkan murid yang berbakat dalam aktiviti English dan para guru yang terlibat berjaya menunjukkan sikap kesungguhan untuk melatih serta mencungkil bakat murid-mmurid SKJHT(1).






Persediaan sebelum beraksi..

Sunday, April 26, 2015

KEM BESTARI SOLAT 
FASA 1
 TAHUN 2015


TARIKH   : 25 APRIL 2015
MASA      : 7:40pg - 12tgh

Alhamdullilah..selesai sudah perjalanan kem bestari solat fasa 1 SKJHT(1). Segala usaha dan ilmu yang disampaikan moga bermanfaat kepada semua murid SKJHT(1). Di samping itu, pelaksanaan kem ini dapat diberkati dan diredhai oleh Yang Maha Berkuasa. Moga segala tunjuk ajar dapat membantu murid-murid melaksanakan amal ibadah dengan sebaiknya.












Wakil Pertandingan Bercerita

Wakil Pertandingan Bercerita...Kisah Dari Al Quran...cuba lagi tahun hadapan

Tahniah buat wakil murid dari SKJHT(1) kerana telah menjadi wakil kepada pertandingan bercerita mengenai kisah dari Al Quran. Penyertaan anda amat bermakna buat SKJHT(1). Usaha dan keberanian anda melibatkan diri dalam pertandingan merupakan satu kemenangan buat SKJHT(1). Walaupun tidak menang dalam pertandingan tetapi kamu semua tetap menang di hati SKJHT(1). Tahniah dan Syabas. Kamu tetap menjadi kebanggaan SKJHT(1).




Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

Wakil Pertandingan Mendeklamasikan Sajak bagi Minggu PPDa.

Tahniah Adik Farazatul kerana telah berjaya menjadi wakil SKJHT(1) bersempena dengan minggu PPda.




Friday, March 27, 2015

MINGGU PENCEGAHAN DADAH 
SKJHT(1) TAHUN 2015


(23 Mac - 27 Mac 2015)

Tahniah SKJHT(1) kerana telah berjaya menjayakan minggu pencegahan dadah. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat yang telah menjayakan program ini. Perjalanan program ini telah banyak mendedahkan kepada murid-murid tentang bahayanya dadah. Pelaksanaanya program ini sangat memberikan manfaat kepada semua murid. Tahniah buat semua warga SKJHT(1) kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya demi menyampaikan ilmu kepada anak didik SKJHT(1).



MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kepada murid-murid bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta boleh membanayakan keselamatan masyarakat. Seterusnya, program ini adalah untuk memastikan murid-murid didedahkan tentang pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.



OBJEKTIF

Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan murid-murid SK Jalan Hang Tuah 1 mempraktikkan gaya hidup sihat dan memdedahkan serta mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat tahap 1 lagi. Selain itu, program ini diadakan juga untuk menyemai dan menanamkan sikap untuk membenci dadah sepanjang hayat dalam kehidupan. Di samping itu, program ini diadakan juga adalah untuk memastikan murid-murid berada dalam kehidupan yang sihat tanpa dadah dan menyemai bangsa yang berkualiti .



ATURCARA PROGRAM
SEPANJANG MINGGU PPDa


Isnin ( 23 Mac 2015 )
Majlis Perasmian Minggu PPDa










Selasa ( 24 Mac 2015 )

Pertandingan mewarna dan melukis bagi tahap 1 dan tahap 2



















 Rabu  ( 25 Mac 2015 )

Pertandingan mendeklamasikan sajak bagi murid tahap 2.
















Khamis ( 26 Mac 2015 )

Aktiviti menjawab soalan kuiz bagi semua tahap.












Jumaat  ( 27 Mac 2015 )

Majlis Penutup Minggu dan Ceramah  dan Kempen Antidadah