Thursday, March 13, 2014

Kem kepimpinan Eko Rimba Bukit Nanas

 LAPORAN PROGRAM


    Hari Pertama : 21 FEB 2014 (Jumaat)
        Pendaftaran kem telah bermula pada 21 Feb 2014 pada pukul 2.15 petang. Pendaftaran telah melibatkan tiga orang guru iaitu Puan Aznira Binti Razak dan Encik Hafiz Manjanggil Abdullah serta dibantu oleh Puan Intan Suriana Binti Mohidin . Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 3.30 petang. Sepanjang perjalanan itu rombongan tidak mengalami sebarang masalah.
Rombongan telah tiba di Eko Rimba Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang. Setibanya di sana rombongan dihimpunkan dan dibekalkan dengan makanan petang iaitu roti dan air kotak untuk mengalas perut kami bagi menjalankan aktiviti memasang khemah mengikut kumpulan yang telah diberikan. Taklimat pemasangan telah disampaikan oleh renjer  Eko Rimba Bukit Nanas. Selepas itu kami menjalankan aktiviti mendirikan khemah setelah diberi tunjuk ajar oleh fasilitator kami.
Murid-murid diminta untuk berkemas diri dan bersiap untuk bersolat asar kemudian rehat sebelum menunaikan solat magrib serta makan malam. Sementara menunggu untuk menunaikan solat magrib, murid-murid diberikan amanah (telur) untuk dijaga sepanjang program kem dijalankan. Aktiviti  ‘Ice Breaking’  telah dijalakan oleh Puan Mardhiah Abu Bakar, Puan Roszilah Mohd Jamil, Puan Azlina Fatihah dan Puan Hamidatul Adawiyah yang bertujuan untuk mengenali rakan-rakan masing-masing sepasukan . Murid-murid telah diminta untuk membulat bulatan dan aktiviti telefon karat dimulakan. Selepas itu, aktiviti membentuk kumpulan dijalankan dengan memberi nombor bergambar (mimik muka).  
Murid-murid menikmati kudapan malam dan diminta tidur sebelum meneruskan aktiviti pada pukul 12 malam. Murid-murid dikejutkan dan bersiap sedia untuk ‘night walk’ pada pukul 12.00 malam selepas diberi taklimat ringkas oleh pengawai renjer yang berkaitan.guru-guru yang terlibat adalah Encik Mohd Afizul Mohd Yusof, Encik Sayuti Basri, Puan Rosliza, Puan Rohaini, Pn Mardhiah dan Puan Erny Kamaleah.  Murid-murid dan guru-guru telah dibawa oleh renjer ke tempat yang dirancangkan.
Murid-murid ditutup mata dengan kain dan diletakkan seorang demi seorang disepanjang perjalanan. Murid-murid ditinggalkan dengan tujuan  memupuk sifat keyakinan dan keberanian dalam diri masing-masing. Aktiviti ini ditamatkan pada pukul 1.00 pagi. Murid-murid sekali lagi menikmati kudapan sebelum tidur dan rehat bagi menghadapi aktiviti pada hari esok.
        Hari Kedua : 22 FEB 2014 (SABTU)
Hari kedua telah dimulakan dengan senamrobik yang pandu oleh Cik Nasiha Shahira. Senamerobik ini dikenali sebagai Zomba. Selepas senamerobik murid-murid direhatkan seketika. Murid-murid menikmati sarapan pagi sambil mendengar taklimat ‘jungle tracking‘ yang disampaikan oleh renjer-renjer yang terlibat iaitu seramai 4 orang renjer. Mereka telah di bawa ke jalan denai berbatu dan juga berliku dan berbukit.
Guru-guru yang mengiringi adalah Puan Nor Azlina, Encik Mohd Afizul, Encik Nezir Khan, Mohd Arif, Puan Noriana, Puan Sofiyyah Khaja, Nasiha Shahira dan Encik Sharin.  ‘Jungle tracking’ dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Murid-murid dibahagika kepada 4 kumpulan dan diketuai oleh renjer yang dilantik. Murid-murid didedahkan dengan alam sekitar, pepohon balak, pepohon renek herba, dan keadaan hutan tropika yang masih dapat dirasai di Kuala Lumpur. Keadaan hutan diwaktu pagi sungguh nyaman dan memenangkan. Aktiviti rekreasi seperti ini baik dan dapat meningkatkan kesedaran murid-murid yang masih muda dalam menjaga dan memulihara flora dan fauna Negara yang masih ada. Kesedaran juga diberikan dalam menjaga kebersihan alam sekitar dan sungai.
Tayangan tentang pencemaran alam sekitar terutama sungai yang masih lagi merupakan punca utama dalam aktiviti seharian. Malah pameran tentang tumbuh-tumbuhan yang boleh dijumpai di dalam Hutan Simpan Hujan Tropika ini yang banyak memberikan manfaat. Murid-murid dapat mengenali herba-herba seperti Tongkat Ali, Misai Kucing dan sebagainya. Daun Pulai juga merupakan pepohon yang banyak memeberi manfaat dalam perubatan tradisional.
Selepas berpenat lelah, pada pukul 12.30 tengahari murid-murid berehat sementara menunggu makanan tengahari, mandi dan bersolat zohor secara berjemaah. Di sebelah petang pula murid-murid di bahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu kumpulan Pengawas Sekolah, Kumpulan PSS dan Kumpulan Ketua Darjah dan Penolong. Guru-guru yang terlibat mengendalikan aktiviti Tangkat Amanah. LDK ini lebih kepada tanggungjawab murid-murid dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Murid-murid diedarkan dengan fail yang mengandungi bahan-bahan ujian seperti bagi Pengawas akan diuji tentang sekolah iaitu lagu, ikrar, dan tatacara perhimpunan. Manakala PSS dan Ketua Kelas  akan lebih kepada tanggungjawab dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan displin murid-murid di dalam Pusat Sumber dan Kelas.
Selesai LDK pertama murid-murid berhenti seketika bagi minum petang dan bersolat asar. LDK kedua dimulakan pada pukul 5.00 petang yang dikendalikan guru-guru terlibat bagi slot ikhtiar hidup. Murid-murid diberikan penyedut minuman dan pita pelekat untuk membina jambatan kukuh. Murid-murid dipersoalkan tentang apa tujuan jambatan itu dibina dengan hanya menggunakan 2 bahan itu sahaja.
Murid-murid direhatkan semula untuk mandi, solat magrib, tazkirah magrib, solat isyak dan makan. LDK ketiga bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Penceramah jemputan iaitu Encik Lotfi dari unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Tentera Darat 1, Kuala Lumpur bagi menyampaikan LDK Jati diri yang menyentuh tentang tanggungjawab sebagai murid yang telah diamanahkan untuk menjaga dan membantu guru mendisplinkan murid-murid sekolah.
Murid-murid juga diberikan maklumat tentang betapa pentingnya rakan sepasukan dalam sama-sama membantu menjalankan tanggungjawab yang diberikan.  Murid-murid juga ditayangkan dengan rakaman aktiviti yang telah mereka jalankan sepanjang 2 hari di Eko Rimba. Disamping member peringatan tentang tujuan mereka berada di situ.
Murid-murid diberikan minuman teh dan biskut sebelum mereka dibenarkan masuk tidur pada pukul 11.30 malam.
   Hari Kedua : 23 FEB 2014 (AHAD)
Murid-murid seperti biasa akan bangun dan mandi. Selesai bersolat subuh berjemaah, murid-murid bersenam dan beriadah. Selesai sarapan pagi, murid-murid diminta untuk menghafal apa yang telah diajar dan tanggungjawab yang perlu dipelajari. Mereka akan diuji oleh guru-guru penasihat yang telah dilantik.
Tepat pukul 8.30 pagi murid-murid dikumpulkan dalam kumpulan masing-masing dan renjer menunjukkan cara untuk membaca kompas. Selepas taklimat pembacaan kompas, murid-murid akan dibawa masuk ke dalam hutan bersama kompas. Kumpulan ini akan menyelesaikan tugasan dengan melihat arah kompas mengikut kertas yang diberikan. Aktiviti ini selesai tepat pukul 10.00 pagi.
Selepas berehat 10 minit dengan makan nasi lemak dan air teh Pengawas sekolah akan diuji oleh guru-guru penasihat displin dan pengawas manakala pengawas PSS diuji oleh guru-guru PSS. Ketua dan penolong diuji tentang displin yang sering berlaku di dalam kelas dan cara untuk mengatasinya. Ketua pengawas dan penolong yang bakal dilantik akan diuji oleh Guru Besar, Encik Rosman Bin Matnoor.
Majlis penutup dimulakan pada pukul 11.30 pagi. Ucapan Guru Besar bagi merasmikan penutupan kem dan penyampaian hadiah kepada khemah terbersih, kumpulan terbaik, pelajar terbaik keseluruhan dan pengumuman ketua pengawas dan penolong.
Murid-murid diminta menurunkan khemah dan berkemas dan membantu guru-guru mengangkat barang-barang untuk dinaikkan ke bas yang telah pun menunggu. Kami sampai ke sekolah pada pukul 1.30 petang. Ibu bapa murid telah pun menunggu anak-anak mereka masing-masing. Makanan tengahari diedarkan sebelum murid-murid pulang .

iron lady hang tuah 1...hu..hu..

harap dapat berkhidmat dengan cemerlang....



kem komandan tgk ape tuuu.....







steady uztaz khai...


ape tu kakkk....





ai....macam joget je

cover perut tu....

big boss nak memantau...jaga...jaga


No comments:

Post a Comment