Thursday, June 19, 2014
hari guru kebangsaan 2014
Beberapa orang murid SK jalan hang tuah (1) tidak ketinggalan untuk bersma-sama meraikan sambutan hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
jamuan hari guru 2014
Rentetan daripada sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 mei dengan tema Back to school..
Acara hari guru diteruskan pada hari berikutnya iaitu pada 17 meI 2014 dengan acara jamuan para guru-guru di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan Sekolah...
Jamuan tersebut juga sebagai tanda ingatan bersama guru penolong kanan tadbir Dan kurikulum yang telah berpindah ke sekolah baharu iaitu pn Rossimah Bt Ahmad.
Kini beliau telah bertukar ke Sekolah Methodist Lelaki, Japan Hang Jebat..
Acara hari guru diteruskan pada hari berikutnya iaitu pada 17 meI 2014 dengan acara jamuan para guru-guru di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan Sekolah...
Jamuan tersebut juga sebagai tanda ingatan bersama guru penolong kanan tadbir Dan kurikulum yang telah berpindah ke sekolah baharu iaitu pn Rossimah Bt Ahmad.
Kini beliau telah bertukar ke Sekolah Methodist Lelaki, Japan Hang Jebat..
HARI GURU 2014 ~ TEMA : Back to school
Setiap tahun sekolah akan mengadakan majlis smbutan hari guru peringkat sekolah.
Tema sambutan hari guru until peringkat sekolah tahun ini adalah `back to school....
Seronok tengok cikgu2 yang sporting mengenakan pakaian sekolah seperti seorang pelajar.
Comel kan.... Hihi
Aturcara majlis pada hari berkenaan, seperti biasa adalah bacaan yassin bersama semua murid dia dewan sekolah seperti yang biasa dilakukan pada setiap jumaat.
Majlis kemudiaan disambung dengan bacaan perutusan, bacaan ikrar guru Dan nyanyian Guru Malaysia oleh para guru.
Selesai upacara bacaan perutusan, ikrar Dan nyanyian... Tiba la acara yg paling ditunggu murid iaitu acara penyampaian hadiah Dan anugerah kepada cikgu2....
Anugerah guru paling popular : cikgu mohd Afizul
Tema sambutan hari guru until peringkat sekolah tahun ini adalah `back to school....
Seronok tengok cikgu2 yang sporting mengenakan pakaian sekolah seperti seorang pelajar.
Comel kan.... Hihi
Aturcara majlis pada hari berkenaan, seperti biasa adalah bacaan yassin bersama semua murid dia dewan sekolah seperti yang biasa dilakukan pada setiap jumaat.
Majlis kemudiaan disambung dengan bacaan perutusan, bacaan ikrar guru Dan nyanyian Guru Malaysia oleh para guru.
Selesai upacara bacaan perutusan, ikrar Dan nyanyian... Tiba la acara yg paling ditunggu murid iaitu acara penyampaian hadiah Dan anugerah kepada cikgu2....
Anugerah guru paling popular : cikgu mohd Afizul
Anugerah guru paling penyayang : cikgu Intan Suriana
Anugerah guru paling prihatin : cikgu soffiyah
Anugerah guru paling baik hati : cikgu Rosliza
Seperti tahun sebelumya, sekolah tidak terlepas untuk menerima sumbangan saguhati daripada apa angkat sekolah iaitu yayasan pendidikan cheras yang berupa sebiji kek dan Wang tunai..
Tq YPC...
Selepas rehat, semua guru turun ke padang untuk acara sukaneka sampai waktu balik. Murid-murid jadi penonton setia di tepi padang.
Perlawanan bola tmpar antara guru...
Acara sukaneka....
Pada sebelah petang pulak,
Diadakan acara perlawanan bola speak persahabatan antara guru-guru SKJHT (1) dengan guru-guru SKJHT (2)...
guru besar pon ikut main sama berjuang merebut piala pusingan...
Tuesday, May 6, 2014
HARI ORIENTASI TAHUN 1 2014
Sesi persekolahan tahun 2014 telah bermula pada 02
Januari 2014 bersamaan dengan hari khamis. Ini merupakan pengalaman pertama
bagi murid-murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan di sekolah
rendah.
Sebelum sesi persekolahan bermula, pihak sekolah
telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa murid tahun 1 pada 31 Disember
2013 seterusnya mengadakan hari orientasi kepada murid-murid yang telah
mendaftar sebagai murid tahun 1 untuk tahun 2014 di Sekolah Kebangsaan jalan
Hang Tuah (1). Pada perjumpaan ini, para ibu bapa telah diberi taklimat dan pelbagai
informasi tentang sekolah dan melengkapkan dokumen-dokumen yang perlu
disediakan oleh ibu bapa untuk kegunaan pihak sekolah.
Selain itu, pada hari tersebut program orientasi
Tahun 1 telah dimulakan dengan mengadakan pemeriksaan mata, mengukur berat dan
tinggi serta turut dijalankan ujian diagnostik sebagai saringan kepada
murid-murid untuk menentukan kelas yang akan mereka duduki.
Program transisi murid tahun 1 telah selesai
dijalankan kepada 43 orang murid termasuk seorang murid yang mendaftar masuk ke
sekolah pada hari terakhir program transisi dijalankan. Secara terperincinya,
43 orang murid ini termasuk lah seramai 21 orang murid dari kelas 1 Maju dan 22
orang murid dari kelas 1 Bistari.
Semua program yang telah dirancang dapat dijalankan
dengan lancar dan mendapat kerjasama yang optimum daripada semua pihak termasuk
pihak pentadbir, guru-guru termasuklah murid-murid tahun 1 sendiri. Murid-murid
dapat menerima dan mengikuti rancangan pelajaran bertema yang merangkumi
pembelajaran pra tulisan, pra nombor, mewarna serta pembelajaran bertema
berdasarkan sukatan pelajaran tahun 1 iaitu tema keluarga, sekolahku,
buah-buahan, kenderaan dan haiwan.
Rancangan pelajaran yang disediakan mengikut minggu
ini berjaya mencapai sasaran dan guru-guru mampu menilai perkembangan setiap
murid.
Bagi murid-murid yang pernah bersekolah di sekolah
persediaan seperti Tabika Perpaduan, Pra sekolah dan Taska lebih mudah
mengikuti dan memahami pembelajaran memandangkan mereka telah menerima
pendedahan awal dan hampir keseluruhan telah mengenal abjad dan nombor.
Sementara bagi murid yang lemah dan masih belum mahir mengenal abjad dan nombor
sentiasa dibimbing oleh guru yang menjalankan sesi pembelajaran tersebut.
Pada minggu pertama dan dan kedua, pihak sekolah
telah membenarkan ibu bapa atau penjaga murid tahun 1 berada dalam kawasan
sekolah untuk tujuan menemani dan memantau anak masing-masing. Namun, ibu bapa
tidak dibenarkan berada di tepi kelas atau di mana sesi pembelajaran dijalankan
kerana dikhuatiri menganggu kosentrasi murid-murid semasa sedang belajar.
Sebaliknya, ibu bapa hanya dibenarkan menunggu dan bertemu anak mereka di
kawasan kantin sekolah sahaja. Tiada banyak masalah besar yang ditimbulkan oleh
murid-murid dan menjelang minggu ketiga, setiap murid tahun 1 dilihat mampu
berdikari dan menerima suasana dan persekitaran persekolahan dengan baik.
Mereka telah mampu untuk membina hubungan dengan rakan dan guru-guru di
sekolah. Pastinya itu adalah satu perkembangan
positif dalam interaksi intrapersonal dan hubungan sosial murid di sekolah.
Satu pertandingan sukaneka juga telah diadakan dan
berjaya dijalankan mengikut perancangan pada minggu ketiga program transisi.
Murid-murid ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut rumah sukan yang
telah dipilih oleh guru kelas. Sebelum acara pertandingan sebenar sukaneka
dijalankan, murid-murid telah diberikan aktiviti latihan sebagai persediaan
kepada pertandingan sukaneka tersebut. Daripada aktiviti sukaneka yang
dijalankan, dapat dilihat tiada masalah kerjasama dikalangan murid. Setiap ahli
murid mampu untuk saling membantu dan bersaing dalam kumpulan. Cuma dapat dilihat, terdapat beberapa orang
murid yang masih lemah dari segi kawalan psikomotor. Beberapa orang murid
dikenalpasti tidak mampu untuk meniup belon dengan baik. Namun ia bukan lah
satu masalah besar dan kemahirannya akan berkembang seiring usia.
Pada minggu terakhir program transisi juga telah
diadakan satu majlis penutup kepada program ini. Dalam program ini, murid-murid
tahun 1 ini diberikan ruang dan peluang untuk membuat persembahan dihadapan
murid-murid kelas lain dan warga sekolah. Guru kelas telah mengambil peranan
untuk melatih dan menyediakan persembahan bagi setiap kelas tahun 1 iaitu kelas
1 Maju dan kelas 1 Bistari. Murid-murid dilihat aktif dan seronok untuk
mengadakan persembahan walaupun pada awalnya ada murid yang sukar memberi
kerjasama kerana malu namun setelah menjalani beberapa kali latihan, keyakinan
diri mereka dapat ditingkatkan dan dapat membuat persembahan dengan baik.
Pada majlis ini juga turut disertakan acara
penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara pertandingan sukaneka yang telah
dijalankan.
Dengan berakhirnya program transisi murid tahun 1
ini maka semua murid-murid telah diberikan persediaan dan pendedahan untuk
belajar dalam kelas aliran perdana dan menerima pengajaran dan pembelajaran
mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetap oleh kementerian. Diharapkan
penganjuran program ini mampu untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dalam
kalangan guru bersama murid-murid. Semoga murid-murid ini akan sentiasa
bersemangat ke sekolah dan mempamerkan disiplin yang baik sepanjang masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)