Terima kasih diucapkan kepada guru besar, para pentadbir , guru-guru ,staf, murid-murid serta ibu bapa murid Sk Jalan Hang Tuah 1 kerana telah bertungkus lumus menjayakan program motivasi dan juga Iftar pada ramadhan tahun ini. Terima kasih juga buat Masjid Bukhari kerana telah menyumbangkan makanan untuk berbuka puasa dan juga para ibu bapa serta penyumbang-penyumbang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Sunday, May 27, 2018
Saturday, May 26, 2018
KEM MOTIVASI TAHUN 6 DAN IFTAR TAHUN 2018
Terima kepada wakil motivasi dan guru-guru skjht1 kerana telah bertungkus lumus menjayakan kem motivasi dan majlis berbuka puasa pada tahun ini. Terima kasih buat ibu dan bapa murid kerana sudi melibatkan diri dalam majlis berbuka pada kali ini.
Tuesday, May 22, 2018
HARI GURU 2018 ( 16 MEI 2018 )
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA GURU TERUTAMA GURU-GURU SK JALAN HANG TUAH 1.
Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2018 bertemakan Hollywood Hitam Putih.
Sambutan dimeriahkan lagi dengan acara :
1. Acara Pakaian Beragam Hollywoood
2. Acara permainan Dat
3. Acara Baling Tin
sesi bergambar
Pemenang Kategori Lelaki Pakaian Beragam
Sambutan dikelolakan oleh AJK PIBG Sk Jalan Hang Tuah 1.
Permainan Baling Tin
Wednesday, May 16, 2018
Friday, March 10, 2017
Tahniah buat Adik Aqisha mewakili MSSM K.Lumpur dalam pertandingan Bola Tampar
Adik Aqisha juga terpilih mewakili team Kuala lumpur ke MSSM dlm acara Bola Tampar. Pencapaian yang membanggakan warga Hang Tuah 1. Warga Sk Jalan Hang Tuah 1 mengucapkan tahniah dan syabas buat Adik Aqisha dari tahun 5 Maju kerana telah terpilih sebagai wakil sekolah justeru menaikkan nama hang tuah dalam pertandingan bola tampar. Tahniah diucapkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat buat murid-murid lain untuk aktif dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
![]() |
Wednesday, March 8, 2017
ENGLISH WEEK
Pelbagai program dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam bahasa inggeris.English adalah satu medium untuk membantu murid dalam melibatkan diri serta menerokai penggunaan bahasa inggeris sama ada dalam p&p atau di luar p&p. Sepertimana dengan perkembangan masa kini, bahasa inggeris amat penting untuk dikuasai dalam diri murid-murid SKJHT1.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA PERJUMPAAN KOKURIKULUM
Pertandingan ini adalah satu pertandingan untuk meningkatkan kepimpinan dan semangat berpasukan dikalangan ahli badan beruniform Sk Jalan Hang Tuah 1. Pertandingan ini juga melatih sifat keyakinan diri dan semangat bersaing secara sihat.
Pengadilan dilakukan oleh guru-guru penasihat yang mengendalikan tugas masing-masing mengikut kriteria yang dikehendaki.
Pengadilan dilakukan oleh guru-guru penasihat yang mengendalikan tugas masing-masing mengikut kriteria yang dikehendaki.
![]() |
| TUNAS KADET REMAJA - KRS |
![]() |
| PENGAKAP |
![]() |
| PBSM |
![]() |
| LATIHAN |
![]() |
| PUTERI ISLAM |
Subscribe to:
Posts (Atom)









































