Tuesday, May 6, 2014

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2014



















Sesi persekolahan tahun 2014 telah bermula pada 02 Januari 2014 bersamaan dengan hari khamis. Ini merupakan pengalaman pertama bagi murid-murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan di sekolah rendah. 

Sebelum sesi persekolahan bermula, pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa murid tahun 1 pada 31 Disember 2013 seterusnya mengadakan hari orientasi kepada murid-murid yang telah mendaftar sebagai murid tahun 1 untuk tahun 2014 di Sekolah Kebangsaan jalan Hang Tuah (1). Pada perjumpaan ini, para ibu bapa telah diberi taklimat dan pelbagai informasi tentang sekolah dan melengkapkan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh ibu bapa untuk kegunaan pihak sekolah.

Selain itu, pada hari tersebut program orientasi Tahun 1 telah dimulakan dengan mengadakan pemeriksaan mata, mengukur berat dan tinggi serta turut dijalankan ujian diagnostik sebagai saringan kepada murid-murid untuk menentukan kelas yang akan mereka duduki.

Program transisi murid tahun 1 telah selesai dijalankan kepada 43 orang murid termasuk seorang murid yang mendaftar masuk ke sekolah pada hari terakhir program transisi dijalankan. Secara terperincinya, 43 orang murid ini termasuk lah seramai 21 orang murid dari kelas 1 Maju dan 22 orang murid dari kelas 1 Bistari.

Semua program yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang optimum daripada semua pihak termasuk pihak pentadbir, guru-guru termasuklah murid-murid tahun 1 sendiri. Murid-murid dapat menerima dan mengikuti rancangan pelajaran bertema yang merangkumi pembelajaran pra tulisan, pra nombor, mewarna serta pembelajaran bertema berdasarkan sukatan pelajaran tahun 1 iaitu tema keluarga, sekolahku, buah-buahan, kenderaan dan haiwan.
Rancangan pelajaran yang disediakan mengikut minggu ini berjaya mencapai sasaran dan guru-guru mampu menilai perkembangan setiap murid.
Bagi murid-murid yang pernah bersekolah di sekolah persediaan seperti Tabika Perpaduan, Pra sekolah dan Taska lebih mudah mengikuti dan memahami pembelajaran memandangkan mereka telah menerima pendedahan awal dan hampir keseluruhan telah mengenal abjad dan nombor. Sementara bagi murid yang lemah dan masih belum mahir mengenal abjad dan nombor sentiasa dibimbing oleh guru yang menjalankan sesi pembelajaran tersebut.

Pada minggu pertama dan dan kedua, pihak sekolah telah membenarkan ibu bapa atau penjaga murid tahun 1 berada dalam kawasan sekolah untuk tujuan menemani dan memantau anak masing-masing. Namun, ibu bapa tidak dibenarkan berada di tepi kelas atau di mana sesi pembelajaran dijalankan kerana dikhuatiri menganggu kosentrasi murid-murid semasa sedang belajar. Sebaliknya, ibu bapa hanya dibenarkan menunggu dan bertemu anak mereka di kawasan kantin sekolah sahaja. Tiada banyak masalah besar yang ditimbulkan oleh murid-murid dan menjelang minggu ketiga, setiap murid tahun 1 dilihat mampu berdikari dan menerima suasana dan persekitaran persekolahan dengan baik. Mereka telah mampu untuk membina hubungan dengan rakan dan guru-guru di sekolah.  Pastinya itu adalah satu perkembangan positif dalam interaksi intrapersonal dan hubungan sosial murid di sekolah.

Satu pertandingan sukaneka juga telah diadakan dan berjaya dijalankan mengikut perancangan pada minggu ketiga program transisi. Murid-murid ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut rumah sukan yang telah dipilih oleh guru kelas. Sebelum acara pertandingan sebenar sukaneka dijalankan, murid-murid telah diberikan aktiviti latihan sebagai persediaan kepada pertandingan sukaneka tersebut. Daripada aktiviti sukaneka yang dijalankan, dapat dilihat tiada masalah kerjasama dikalangan murid. Setiap ahli murid mampu untuk saling membantu dan bersaing dalam kumpulan.  Cuma dapat dilihat, terdapat beberapa orang murid yang masih lemah dari segi kawalan psikomotor. Beberapa orang murid dikenalpasti tidak mampu untuk meniup belon dengan baik. Namun ia bukan lah satu masalah besar dan kemahirannya akan berkembang seiring usia.

Pada minggu terakhir program transisi juga telah diadakan satu majlis penutup kepada program ini. Dalam program ini, murid-murid tahun 1 ini diberikan ruang dan peluang untuk membuat persembahan dihadapan murid-murid kelas lain dan warga sekolah. Guru kelas telah mengambil peranan untuk melatih dan menyediakan persembahan bagi setiap kelas tahun 1 iaitu kelas 1 Maju dan kelas 1 Bistari. Murid-murid dilihat aktif dan seronok untuk mengadakan persembahan walaupun pada awalnya ada murid yang sukar memberi kerjasama kerana malu namun setelah menjalani beberapa kali latihan, keyakinan diri mereka dapat ditingkatkan dan dapat membuat persembahan dengan baik.
Pada majlis ini juga turut disertakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara pertandingan sukaneka yang telah dijalankan.


Dengan berakhirnya program transisi murid tahun 1 ini maka semua murid-murid telah diberikan persediaan dan pendedahan untuk belajar dalam kelas aliran perdana dan menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetap oleh kementerian. Diharapkan penganjuran program ini mampu untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dalam kalangan guru bersama murid-murid. Semoga murid-murid ini akan sentiasa bersemangat ke sekolah dan mempamerkan disiplin yang baik sepanjang masa.






Monday, May 5, 2014

SENARAI GURU BESAR


SENARAI NAMA GURU BESAR
SK. JALAN HANG TUAH (1)


NAMA GURU BESAR
TAHUN BERKHIDMAT
1
EN YOONG KHEE MENG
01.01.1962 – 31.12.1963
2
EN LIM TENG SUN
01.01.1964 – 31.10.1969
3
EN WONG YUEN THO
01.11.1969 – 08.07.1980
4
PN SAW TEIK CHYE
01.11.1981 – 01.10.1982
5
PN HASNAH BINTI YUNUS
01.03.1983 – 15.10.1984
6
EN OTHMAN BIN ALI
16.10.1984 – 30.11.1986
7
EN SHANMUKAWALE
01.12.1986 – 31.08.1987
8
TN HJ MD ISA BIN ABDULLAH
01.09.1987 – 07.08.1989
9
EN ROBERT TEE SENG
01.09.1989 – 16.11.1991
10
EN ISHAK BIN HARUN
16.04.1992 – 30.06.1993
11
TN HJ ZUBIR BIN TASIR
01.07.1993 – 31.12.1995
12
PN HJH RODZIAH BINTI AHMAD
01.01.1996 – 15.01.1998
13
PN ROKIAH BINTI AHMAD
16.01.1998 – 16.06.2003
14
EN AHMAD RASHIMI BIN MUHAMMAD
23.12.2003 – 25.03.2004
15
PN POK MEE CHIN
31.03.2004 – 16.02.2006
16
PN HJH SHAREEFA BT RAJA RAHMAT
16.02.2006 – 16.05.2007
17
PN HJH FATIMAH BINTI MATORI
16.05.2007 – 01.01.2010
18
EN MOHAMMAD BIN AB HAMID
18.01.2010 – 16.10.2010
19
PN SITI ANOMAH BINTI ABDUL GHANI
11.11.2010 – 07.09.2013
20
EN ROSMAN BIN MATNOOR
     01.10.2013     hingga sekarang