Friday, March 27, 2015

MINGGU PENCEGAHAN DADAH 
SKJHT(1) TAHUN 2015


(23 Mac - 27 Mac 2015)

Tahniah SKJHT(1) kerana telah berjaya menjayakan minggu pencegahan dadah. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat yang telah menjayakan program ini. Perjalanan program ini telah banyak mendedahkan kepada murid-murid tentang bahayanya dadah. Pelaksanaanya program ini sangat memberikan manfaat kepada semua murid. Tahniah buat semua warga SKJHT(1) kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya demi menyampaikan ilmu kepada anak didik SKJHT(1).



MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kepada murid-murid bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta boleh membanayakan keselamatan masyarakat. Seterusnya, program ini adalah untuk memastikan murid-murid didedahkan tentang pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.



OBJEKTIF

Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan murid-murid SK Jalan Hang Tuah 1 mempraktikkan gaya hidup sihat dan memdedahkan serta mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat tahap 1 lagi. Selain itu, program ini diadakan juga untuk menyemai dan menanamkan sikap untuk membenci dadah sepanjang hayat dalam kehidupan. Di samping itu, program ini diadakan juga adalah untuk memastikan murid-murid berada dalam kehidupan yang sihat tanpa dadah dan menyemai bangsa yang berkualiti .



ATURCARA PROGRAM
SEPANJANG MINGGU PPDa


Isnin ( 23 Mac 2015 )
Majlis Perasmian Minggu PPDa










Selasa ( 24 Mac 2015 )

Pertandingan mewarna dan melukis bagi tahap 1 dan tahap 2



















 Rabu  ( 25 Mac 2015 )

Pertandingan mendeklamasikan sajak bagi murid tahap 2.
















Khamis ( 26 Mac 2015 )

Aktiviti menjawab soalan kuiz bagi semua tahap.












Jumaat  ( 27 Mac 2015 )

Majlis Penutup Minggu dan Ceramah  dan Kempen Antidadah