Sunday, April 26, 2015

KEM BESTARI SOLAT 
FASA 1
 TAHUN 2015


TARIKH   : 25 APRIL 2015
MASA      : 7:40pg - 12tgh

Alhamdullilah..selesai sudah perjalanan kem bestari solat fasa 1 SKJHT(1). Segala usaha dan ilmu yang disampaikan moga bermanfaat kepada semua murid SKJHT(1). Di samping itu, pelaksanaan kem ini dapat diberkati dan diredhai oleh Yang Maha Berkuasa. Moga segala tunjuk ajar dapat membantu murid-murid melaksanakan amal ibadah dengan sebaiknya.












Wakil Pertandingan Bercerita

Wakil Pertandingan Bercerita...Kisah Dari Al Quran...cuba lagi tahun hadapan

Tahniah buat wakil murid dari SKJHT(1) kerana telah menjadi wakil kepada pertandingan bercerita mengenai kisah dari Al Quran. Penyertaan anda amat bermakna buat SKJHT(1). Usaha dan keberanian anda melibatkan diri dalam pertandingan merupakan satu kemenangan buat SKJHT(1). Walaupun tidak menang dalam pertandingan tetapi kamu semua tetap menang di hati SKJHT(1). Tahniah dan Syabas. Kamu tetap menjadi kebanggaan SKJHT(1).




Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

Wakil Pertandingan Mendeklamasikan Sajak bagi Minggu PPDa.

Tahniah Adik Farazatul kerana telah berjaya menjadi wakil SKJHT(1) bersempena dengan minggu PPda.