Sunday, March 8, 2015

Pertandingan Catur MSSWPKL

Tahniah SKJHT (1) kerana telah menjadi pengelola dalam Pertandingan Catur MSSWPKL.
Pertandingan Catur ini telah berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 02 Mac hingga 06 Mac 2015. Dewan SKJHT (1) telah menjadi tempat dalam pertandingan catur pada kali ini. 
Syabas SKJHT(1) !!






















Sunday, March 1, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke- 43 sesi 2014/2015

Alhamdullillah.. selesai sudah mesyuarat agung PIBG kali ke 43 yang telah dirasmikan oleh YBHG Datuk Dr Haji Awang Bin Sariyan (Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur). Kami Warga SKJHT1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk AJK PIBG dan juga para ibu bapa. Sekalung budi yang tidak terhingga kami ucapkan atas kerjasama anda semua kerana telah berjaya menjayakan mesyuarat agung pada kali ini.





Tarikh berlangsung : 01 Mac 2015
Hari                         : Ahad
Masa                       : 8.30 Pagi
Tempat                    : Dewan Tun Perak, Sk Jalan Hang Tuah (1), Kuala Lumpur.


SESI PENDAFTARAN






PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43

















PERSEMBAHAN MURID-MURID SKJHT(1)



SELINGAN - CABUTAN BERTUAH 




ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR UPSR 2014




Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang  UPSR atas kejayaan yang telah dikecapi. Seramai 5 orang pelajar SKJHT(1) yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pelajar ini telah memperolehi 5A  dan 4A 1B dalam subjek yang diambil. Segala usaha dan kecemerlangan anda telah menjadi satu kejayaan dan inspirasi yang tinggi untuk murid-murid SKJHT(1) yang lain. Semoga kejayaan anda kejayaan yang dikecapi berterusan dan semoga menjadi insan yang cemerlang serta berguna kepada negara dan bangsa.

Sekalung tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pelajar dan juga semua guru-guru yang bertangjungjawab mengajar pelajar-pelajar tersebut sehingga berjaya. Semoga kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.


WARGA SKJHT(1) DAN AJK TERTINGGI PIBG 



Kami warga SKJHT(1) dan AJK PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua insan yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke 43 pada kali ini. Semoga pelaksanaan mesyuarat ini akan berterusan lancar sehingga tahun berikut-berikutnya. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir dalam melicinkan perjalanan majlis ini serta memeriahkan lagi suasana berlangsung mesyuarat ini bagi meningkatkan kecemerlangan dan prestasi SKJHT(1). Tahniah!!!!

Thursday, June 19, 2014

Pelancaran Penggunaan TUTOR 2014


hari guru kebangsaan 2014






Beberapa orang murid SK jalan hang tuah (1) tidak ketinggalan untuk bersma-sama meraikan sambutan hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

jamuan hari guru 2014

Rentetan daripada sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 mei dengan tema Back to school..

Acara hari guru diteruskan pada hari berikutnya iaitu pada 17 meI 2014 dengan acara jamuan para guru-guru di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan Sekolah...






Jamuan tersebut juga sebagai tanda ingatan bersama guru penolong kanan tadbir Dan kurikulum yang telah berpindah ke sekolah baharu iaitu pn Rossimah Bt Ahmad.
Kini beliau telah bertukar ke Sekolah Methodist Lelaki, Japan Hang Jebat..

HARI GURU 2014 ~ TEMA : Back to school

Setiap tahun sekolah akan mengadakan majlis smbutan hari guru peringkat sekolah.
Tema sambutan hari guru until peringkat sekolah tahun ini adalah `back to school....
Seronok tengok cikgu2 yang sporting mengenakan pakaian sekolah seperti seorang pelajar.




Comel kan.... Hihi

Aturcara majlis pada hari berkenaan, seperti biasa adalah bacaan yassin bersama semua murid dia dewan sekolah seperti yang biasa dilakukan pada setiap jumaat.


Majlis kemudiaan disambung dengan bacaan perutusan, bacaan ikrar guru Dan nyanyian Guru Malaysia oleh para guru.



Selesai upacara bacaan perutusan, ikrar Dan nyanyian... Tiba la acara yg paling ditunggu murid iaitu acara penyampaian hadiah Dan anugerah kepada cikgu2....

Anugerah guru paling popular : cikgu mohd Afizul

Anugerah guru paling penyayang : cikgu Intan Suriana

Anugerah guru paling prihatin : cikgu soffiyah

Anugerah guru paling baik hati : cikgu Rosliza

Seperti tahun sebelumya, sekolah tidak terlepas untuk menerima sumbangan saguhati daripada apa angkat sekolah iaitu yayasan pendidikan cheras yang berupa sebiji kek dan Wang tunai..
Tq YPC...



Selepas rehat, semua guru turun ke padang untuk acara sukaneka sampai waktu balik. Murid-murid jadi penonton setia di tepi padang.

Perlawanan bola tmpar antara guru...


Acara sukaneka....

Pada sebelah petang pulak,
Diadakan acara perlawanan bola speak persahabatan antara guru-guru SKJHT (1) dengan guru-guru SKJHT (2)...
guru besar pon ikut main sama berjuang merebut piala pusingan...