Sunday, March 8, 2015

KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN SKJHT (1) TAHUN 2015

Kursus Kepimpinan dan Jati Diri Pengawas Sekolah 2015

Hari Pertama ( 06 Mac 2015 - Jumaat )

Pendaftaran Murid di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur






Mengenal Potensi Semua Murid Yang Terlibat (ICE BREAKING)\

Tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam kem kepimpinan ini. Bakat dan potensi untuk menjadi pemimpin amat terserlah dalam kalangan pengawas sekolah. Kebijaksanaan idea dan moto yang dicipta menunjukkan satu bakat yang telah ditonjolkan dalam aktiviti ini. Keberanian bercakap dan bersuara di hadapan semua murid menunjukkan murid SKJHT(1) dapat menjadi pemimpin yang berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pengawas sekolah. Tahniah buat semua pengawas sekolah yang terlibat. Semua guru yang terlibat telah bertungkus-lumus untuk membangunkan potensi murid SKJHT(1) dengan jayanya. Syabas buat semua guru SKJHT(1) kerana telah berjaya menjayakan program ini dengan begitu baik sekali.








Sesi Rehat/Makan Pengawas Sekolah Yang Terlibat












Para Guru dan Warga SKJHT(1) Menyiapkan Tugas Memasak Untuk Para Murid.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan menu dalam kursus ini. Kerjasama antara pihak guru dalam melaksanakan aktiviti memasak untuk para murid telah menunjukkan keprihatian dan tanggungjawab guru kepada murid-murid mereka. Hasil kerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain telah menunjukan bahawa guru SKJHT(1) merupakan guru yang sangat hebat. Kerjasama ini bukan sahaja semata-mata untuk menyiapkan hidangan masakan malah merapatkan ukhuwah antara satu sama lain. Kerja berpasukan yang ditonjolkan menunjukkan para guru SKJHT(1) menjadi tauladan kepada para murid dan pihak lain.Terima diucapkan kepada semua guru yang terlibat termasuk pihak pejabat yang sanggup meluangkan masa dan tenaga serta usaha untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. 

















Aktiviti Malam ( Night Walk)

Aktiviti ini bertujuan untuk melatih para murid atau pengawas sekolah yang terlibat untuk memberanikan diri dalam pelbagai situasi. Aktiviti ini juga membimbing murid untuk memberikan kerjasama antara satu sama lain dan memberikan kecekapan dalam hidup berpasukan. Keberanian merupakan salah satu tonggak dalam menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan berani. Oleh itu, aktiviti Night Walk ini merupakan salah satu pengisian penting kepada para pengawas sekolah SKJHT(1).





Hari Kedua ( 07 Mac 2015 - Sabtu )



Senamrobik











Berkayak Di Tasek Titiwangsa

Aktiviti kayak diadakan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aktiviti berkayak untuk melatih murid berani melakukan aktiviti yang dilaksanakan. Water Confident turut diadakan yang mana murid mesti melalui latihan berada didalam air dengan menggunakan life jacket berserta dengan jurulatih dan juga para guru SKJHT(1). 




























Tahniah semua guru SKJHT(1) kerana telah memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti kayak dalam program ini. Semangat dan usaha gigih anda semua membuatkan semua pihak telah berbangga kepada anda semua sebagai seorang murrabi. 



LDK mengikut slot yang telah diatur.
















Hari Ketiga ( 08 Mac 2015 - Ahad )



Majlis Penutupan Watikah  Pelantikan









Penyampaian Hadiah



Anugerah Penghulu dan Penghulu wati

Anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada murid yang telah menunjukkan kepeimpinan dan bakat yang terselah sepanjang kursus kepimpinan dan jati diri diadakan. Murid ini telah menunjukkan sikap kepimpinan dan keberanian sepnjang aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai tanda penghargaan sekolah terhadap murid-murid ini, pihak sekolah telah menganugerahkan mereka sebagai "penghulu" dan "penghulu  wati". Kedua-dua murid ini menunjukkan sikap dan potensi yang cemerlang sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, mereka berdua layak untuk menerima anugerah gelaran tersebut. Tahniah buat mereka!!!





Tahniah SKJHT (1) !!!!






Terima Kasih kepada semua pendidik SKJHT(1) kerana sudi meluangkan masa untuk membangunkan potensi kepimpinan para pengawas sekolah SKJHT (1). Segala usaha gigih anda semua telah menjadi satu inspirasi kepada semua pihak terutama sekali anak-anak bangsamu yang kini sedang berusaha gigih untuk mengharungi alaf abad ke-21. Malahan, berusaha mendepani generasi pintar dan terbilang yang akan muncul pada masa hadapan. Sama-samalah kita semua berusaha menjadikan SKJHT(1) sebagai sebuah ladang didik yang cemerlang kelak. Kami dedikasikan sebuah sajak kepada semua pendidik SKJHT(1)..






Pertandingan Catur MSSWPKL

Tahniah SKJHT (1) kerana telah menjadi pengelola dalam Pertandingan Catur MSSWPKL.
Pertandingan Catur ini telah berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 02 Mac hingga 06 Mac 2015. Dewan SKJHT (1) telah menjadi tempat dalam pertandingan catur pada kali ini. 
Syabas SKJHT(1) !!






















Sunday, March 1, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke- 43 sesi 2014/2015

Alhamdullillah.. selesai sudah mesyuarat agung PIBG kali ke 43 yang telah dirasmikan oleh YBHG Datuk Dr Haji Awang Bin Sariyan (Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur). Kami Warga SKJHT1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk AJK PIBG dan juga para ibu bapa. Sekalung budi yang tidak terhingga kami ucapkan atas kerjasama anda semua kerana telah berjaya menjayakan mesyuarat agung pada kali ini.





Tarikh berlangsung : 01 Mac 2015
Hari                         : Ahad
Masa                       : 8.30 Pagi
Tempat                    : Dewan Tun Perak, Sk Jalan Hang Tuah (1), Kuala Lumpur.


SESI PENDAFTARAN






PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43

















PERSEMBAHAN MURID-MURID SKJHT(1)



SELINGAN - CABUTAN BERTUAH 




ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR UPSR 2014




Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang  UPSR atas kejayaan yang telah dikecapi. Seramai 5 orang pelajar SKJHT(1) yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pelajar ini telah memperolehi 5A  dan 4A 1B dalam subjek yang diambil. Segala usaha dan kecemerlangan anda telah menjadi satu kejayaan dan inspirasi yang tinggi untuk murid-murid SKJHT(1) yang lain. Semoga kejayaan anda kejayaan yang dikecapi berterusan dan semoga menjadi insan yang cemerlang serta berguna kepada negara dan bangsa.

Sekalung tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pelajar dan juga semua guru-guru yang bertangjungjawab mengajar pelajar-pelajar tersebut sehingga berjaya. Semoga kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.


WARGA SKJHT(1) DAN AJK TERTINGGI PIBG 



Kami warga SKJHT(1) dan AJK PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua insan yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke 43 pada kali ini. Semoga pelaksanaan mesyuarat ini akan berterusan lancar sehingga tahun berikut-berikutnya. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir dalam melicinkan perjalanan majlis ini serta memeriahkan lagi suasana berlangsung mesyuarat ini bagi meningkatkan kecemerlangan dan prestasi SKJHT(1). Tahniah!!!!